Cara Membungkus Barang Mudah Pecah Untuk Pindah Rumah
Di artikel di bawah, kami ingin berkongsi cara mudah untuk membungkus barang mudah pecah semasa proses pindah rumah anda di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor.
Anda ingin membungkus barang fragile anda untuk pemindahan rumah anda dan memerlukan persediaan yang mudah dan kelengkapan yang sesuai. Jika anda tidak membungkus dengan teliti, barangan atau produk mudah pecah yang berharga boleh rosak atau retak dengan mudah. Ia akan menjadi suatu tragedi dan akan stress semasa proses pindah rumah anda.
Sekarang anda boleh mengikuti beberapa langkah yang mudah untuk memastikan keselamatan barangan mudah pecah anda.
Bahan keperluan yang diperlukan:
- PE Foam atau Pembalut Gelembung
- Pita pelekat dan gunting
- Surat khabar lama
- Kotak dua lapisan
- Setiap barangan dan aksesori fashion dan kecantikan seperti kristal, silver, emas, porselin, cawan, pinggan ataupun barangan lain yang mudah pecah perlu dibungkus secara individu dengan PE Foam atau pembalut gelembung. Lekat dengan ketat dengan pita pelekat dan pastikan pembungkus tidak terkeluar.
- Lapiskan beberapa renyukan surat khabar lama ke dalam lapisan bawah kotak. Susun barangan mudah pecah anda dengan pada susunan seperti dibawah:
- Besar dan yang berat untuk diletakkan di lapisan bawah kotak
- Kategori yang kecil dan ringan disusun terakhir sekali di lapisan atas
3. Apabila memasukkan barangan anda di dalam kotak, penuhkan ruang kosong dengan renyukan surat khabar atau menggunakan pembalut gelembung. Kita ingin memastikan tiada sebarang pergerakan barangan itu di dalam kotak dan box semasa pemindahan.
4. Pastikan kotak sudah penuh dan tiada ruang kosong sebelum boleh menutup kotak dan dilekatkan dengan pita pelekat.
5. Kotak yang ditutup dan dilekat dengan pelekat itu mestilah dalam keadaan rata dan ketat.
Sila berhubung dengan pekerja kami untuk mendapatkan bantuan dalam servis packing barang pindah rumah dan penghantaran hari ini. Kos yang akan anda belanja amat murah lagi untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Info baru ada dipaparkan dari laman online seperti Facebook dan anda boleh masuk dan akses kepada maklumat oleh syarikat kami tersebut melalui daftar akaun dengan gunakan komputer, mel elektronik, peralatan elektronik dan handphone.