servis-lori-kotak

Sewa Lori 3 Tan di Kuala Lumpur dan Selangor

Syarikat pemindahan kami menyediakan perkhidmatan sewa lori 3 tan untuk projek pemindahan anda di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia. Kami menawarkan pelbagai jenis lori untuk disewa di pelbagai kawasan termasuk Pelabuhan Klang, Puchong, dan Sentul. 

Kami merupakan syarikat yang juga menawarkan perkhidmatan penempatan semula kediaman dan komersial di mana kami akan membantu mengangkat dan mengemas barang anda.

Dimensi Lori 3 Tan

Anda tidak perlu berasa keliru dengan saiz lori yang akan memenuhi keperluan pengangkutan anda. Kami mempunyai ukuran lori seperti saiz lori dan ketinggian lori. Walaupun dimensi dan kapasiti lori mungkin berbeza-beza, lori 3 tan harus memiliki ukuran dalaman 4.72 meter, lebar 1.92 meter dan ketinggian 1.89 meter. Sebuah lori 3 tan adalah dibenarkan membawa muatan yang disarankan sebanyak 2 tan.

Jenis Lori 3 Tan yang Berbeza

Kami mempunyai beberapa jenis lori yang berbeza termasuk lori kanvas, lori kotak dan lori transport bagi memastikan ia bersesuaian dengan keperluan pelanggan untuk membawa pelbagai jenis barang besar seperti perabot pejabat, peti keselamatan atau peralatan kilang.

Lori kotak adalah lori separa komersial dengan kawasan kargo belakang yang berbentuk kuboid tertutup.

Lori tailgate dengan pintu belakang, bahagian tailgate dapat diturunkan atau dinaikkan untuk memudahkan kami memuat atau memunggah barangan kargo. Selain disewa oleh syarikat pengurusan acara untuk pengangkutan dan penghantaran peralatan, lori tailgate 3 tan kami juga selalu digunakan semasa pemindahan kediaman dan komersial.

Lori kanvas adalah lori yang dilengkapi dengan bahan kanvas yang tahan air, kuat, fleksibel dan berguna untuk mengangkut barang-barang tertentu.

Perkhidmatan Sewa Lori 3 Tan Kami

  • Pembuangan Barangan secara Pukal

Kami menyediakan perkhidmatan pembuangan barang secara pukal dengan cepat dan cekap di kawasan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Selangor di Malaysia. Kami memahami bahawa sampah dan perabot lama bersaiz besar di rumah atau di tempat kerja anda mungkin sudah menjadi timbunan besar yang tidak dapat dibuang ke dalam tong sampah biasa. Bergantung kepada tarikh permintaan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kami, jadual kami adalah fleksibel dan kami dapat memenuhi keperluan anda pada hari kerja dan hujung minggu.

  • Pemindahan Perabot

Sebagai syarikat sewa lori yang terkenal, kami memberikan perkhidmatan pemindahan perabot besar secara selamat kerana kami mempunyai peralatan yang tepat untuk kerja sebegini. Pasukan kami berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan pemindahan perabot dan perkhidmatan pembongkaran, pembungkusan, penyimpanan dan pemasangan. Sebagai syarikat pemindahan, kami juga akan memastikan perabot anda dipindahkan dan diangkut dengan selamat.

  • Lori Tailgate

Sekiranya anda perlu memindahkan barang-barang berat yang besar seperti untuk pindah piano atau katil hospital, kami dapat menyediakan lori tailgate untuk membantu anda dalam semua kerja pemindahan dan penempatan semula. Dengan ini, anda dapat memindahkan barang berat dengan lebih mudah, cekap dan menjimatkan masa dengan lori tailgate kami.

Mengapakah anda harus mendapatkan perkhidmatan kami?

Kami menawarkan pakej pindah rumah secara skala kecil atau besar dengan murah. Dengan pemindahan rumah secara skala kecil, harga sewa lori tanpa tenaga kerja bermula dari hanya RM 300 untuk lori 3 tan. Bagi pakej bajet, harganya adalah RM400 untuk sewa sebuah lori 3 tan dan dengan 3 tenaga pekerja.

Kami juga memberikan sebut harga untuk pakej premium dari RM900 untuk sewa lori 3 tan, ke Pakej Penuh dari RM1,400 untuk perkhidmatan lori sewa 3 tan.

Perkhidmatan sewa lori kami juga disertakan dengan pemandu kerana kami mempunyai pemandu lori yang profesional dan berkebolehan dengan pengalaman yang bertahun-tahun. Pemandu lori dan pekerja pemindahan kami berdisiplin dan ramah dan akan berhati-hati ketika mengendalikan barang-barang dari fasa pembungkusan sehingga barang-barang tiba dengan selamat di tempat yang ditentukan.

Berikutan dengan harga am kami, kami akan mengenakan caj tambahan bergantung kepada jarak pemindahan dan jika anda memerlukan bahan atau perkhidmatan penyimpanan barangan. Secara keseluruhannya, kami sentiasa berusaha untuk menjadikan pakej anda dengan harga berpatutan untuk memenuhi keperluan anda. 

Kami tidak teragak-agak untuk membantu anda sebaik sahaja anda menghubungi kami. Salah satu faktor penting lagi adalah lori kami sentiasa diperiksa secara rutin untuk kebersihan dan keselamatan.

Kami dipercayai oleh banyak syarikat besar dan syarikat kecil kerana kami dapat menjalankan tugas yang baik dengan pasukan yang hebat. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai lori sewa kami, sila hubungi kami atau hantarkan emel kepada kami. Kami sentiasa menerima tempahan untuk 7 hari seminggu.

Kami juga mempunyai kakitangan yang cekap dan boleh dipercayai untuk memastikan pemindahan barang komersial dan barang kediaman dengan selamat ke destinasi anda.

Dengan perkhidmatan kami yang boleh dipercayai, syarikat ini berjaya memperoleh dan mengekalkan pelanggan di Lembah Klang dan kami berasa bangga bahawa rangkaian pelanggan kami yang terus berkembang. Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dengan perkhidmatan kami, sila kunjungi laman web online kami untuk mendapat sebut harga percuma.

Anda juga dapat berkomunikasi dengan kami melalui emel, telefon atau Whatsapp dan kami akan melayani anda dengan senang hati.

Hubungi Kami Hari Ini

Kenapa pilih syarikat kami untuk pemindahan anda yang seterusnya?

Harga Berpatutan

Kami menawarkan harga yang tepat dan berpatutan untuk pemindahan anda. Kadar untuk memenuhi setiap bajet. Tiada kejutan dan tiada kos tersembunyi tambahan.

Bebas Memilih Masa Pemindahan

Pilih waktu dan hari yang terbaik untuk pemindahan anda, walaupun pada hujung minggu atau pada hari cuti umum.

Pasukan Pemindah Yang Terlatih

Pasukan pemindahan pakar kami telah menjalani pemeriksaan latar belakang dan dilatih dengan baik untuk mengendalikan pelbagai jenis tugas pemindahan.

Tinjauan Tapak PERCUMA

Kami menyediakan pilihan untuk tinjauan tapak PERCUMA supaya kami boleh menyediakan pakej pemindahan yang terbaik untuk memenuhi anda.

Harga Servis Lori Sewa



Projects

SSL

Storage

Domains

Domains

PAKEJ LORI SEWA 1


RM 150

1 tan 

1 tan lori 9ft

1 perjalanan

dari tempat A ke tempat B

(<=20km dalam Lembah Klang)

1 orang pemandu

* Pemandu tidak memungah barang

 *Syarat bayaran : Tunai atau online instant transfer semasa penghantaran

PAKEJ LORI SEWA 2


RM 300

3 tan

3 tan lori 14ft

1 perjalanan

dari tempat A ke tempat B

(<=20km dalam Lembah Klang)

1 orang pemandu

* Pemandu tidak memungah barang

*Syarat bayaran : Tunai atau online instant transfer semasa penghantaran

PAKEJ LORI SEWA 3

 

RM 350

5 tan 

5 tan lori 17ft

1 perjalanan

dari tempat A ke tempat B

(<=20km dalam Lembah Klang)

1 orang pemandu

* Pemandu tidak memungah barang

*Syarat bayaran : Tunai atau online instant transfer semasa penghantaran

WordPress Pricing Table

Testimoni

Perkhidmatan sewa lori 3 tan dari syarikat anda memang boleh dipercayai. Lebih penting lagi, syarikat anda menyediakan perkhidmatan sewa lori 3 tan pada hari Ahad di KL untuk saya. Saya berasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan, dan saya mensyorkan syarikat anda kepada sesiapa sahaja yang perlu mendapatkan perkhidmatan sewa lori!

Puan Hasmiza

Saya meminta syarikat anda untuk membantu saya memindahkan produk syarikat saya dari Kepong ke Shah Alam. Secara keseluruhan saya berasa khidmat sewa lori 3 tan yang saya terima adalah baik, lori tiba tepat pada waktunya dan sikap pemandu dan pekerja pemindahan yang rajin.

Encik Amin

Servis sewa lori 3 tan dengan pemandu lori daripada syarikat anda tiba tepat pada waktunya dan boleh dipercayai. Perkhidmatan pelanggan sangat baik! Saya pasti akan mendapatkan perkhidmatan sewa lori 3 tan dari anda lagi pada masa akan datang. 

Encik Hamid

Soalan Lazim

Bolehkah saya menyewa lori 3 tan tanpa pemandu?

Untuk masa ini, kami tidak dapat sewa lori 3 tan sahaja. Semua lori sewa kami adalah disertakan dengan pemandu. Anda boleh menyewa lori untuk satu perjalanan, sehari atau seminggu. Sila beritahu kami keperluan anda untuk sebut harga percuma.

Apakah kawasan perkhidmatan yang diliputi oleh syarikat anda?

Kawasan liputan perkhidmatan sewa lori 3 tan kami merangkumi Kuala Lumpur dan Selangor. Kami sering melakukan penghantaran dari Lembah Klang ke negeri lain berdasarkan permintaan pelanggan.

Berapa lama saya perlu membuat tempahan terlebih dahulu?

Untuk menempah perkhidmatan lori 3 tan kami, anda disarankan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal. Jadual tempahan lori kami selalu dipenuhi dengan cepat terutamanya pada hujung minggu dan cuti panjang.

Hubungi Kami Hari Ini Untuk Sebut Harga Percuma!

Telefon: 

+6016-879-1415

 

Whatsapp:

6016-879-1415

 

Emel: 

contact@mover2u.com 

 

Waktu Buka: 

Isnin - Sabtu

9am - 6pm

Tutup pada hari

Ahad dan Cuti Am