pindah-peti-sejuk-shah-alam

Pindah Peti Ais di Kuala Lumpur dan Selangor

Perkhidmatan pindah peti ais kami di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor boleh membantu anda mengalihkan peti sejuk baru ke lokasi baru atau apabila anda ingin menjual atau mendermakan peti sejuk lama kepada orang lain. Kami sentiasa sedia untuk menawarkan servis transport peti sejuk dan chiller dari pintu ke pintu dengan cepat dan mudah.

Jenis Pemindahan Peti Sejuk yang Kami Ada Termasuk:

  • Peti Sejuk Rumah

Kami mempunyai pengalaman untuk mengalihkan semua jenis peti sejuk rumah termasuk peti sejuk besar, peti ais mini dan lain lain lagi.

  • Peti Ais dan Peti Sejuk Beku Rumah

Adakah anda mempunyai peti ais dan peti sejuk beku rumah untuk dipindahkan? Pasukan profesional kami dapat mengalihkan peti ais dan peti sejuk beku anda dengan selamat ke rumah baru anda.

  • Peti Sejuk Beku dan Chiller Komersial

Adakah anda memiliki perniagaan atau restoran yang memerlukan peti sejuk komersial untuk dipindahkan ke cawangan lain? Jangan risau, pasukan pemindahan kami berpengalaman dalam memindahkan peti sejuk dan chiller komersial dengan cepat dan selamat.

  • Peti Ais Komersial

Peti ais komersial boleh menjadi agak berat dan sukar untuk dialihkan. Pasukan kami semuanya dilengkapi dengan peralatan yang betul dan lengkap untuk memastikan peti ais komersial anda dialihkan dengan selamat.

Bilakah Anda Memerlukan Perkhidmatan Pemindahan Peti Sejuk Kami:

  • Membeli atau menukar kepada peti sejuk baru

Apabila anda tukar peti sejuk rumah yang baru, anda mungkin perlu mengupah perkhidmatan pemindahan peti sejuk kami untuk mengangkutnya ke kediaman anda.

  • Menjual atau menderma peti sejuk lama

Mempunyai peti sejuk lama yang sudah lama dibiarkan? Anda boleh menderma atau menjualnya ke kedai terpakai or orang lain daripada menyimpannya di rumah. Kami boleh membantu anda menghantar peti sejuk lama anda ke pemiliknya yang baru atau kedai terpakai dengan selamat.

Bercadang untuk berpindah rumah tidak lama lagi? Jangan risau, pasukan kami sedia untuk memindahkan barang-barang anda termasuk peti sejuk dan perabot lain.

  • Pindah pejabat, kedai, kafe atau restoran

Ingin pindah pejabat, kedai, kafe atau restoran anda? Pasukan pemindahan profesional kami boleh membantu mengangkat dan memindah semua peralatan besar anda termasuk peti sejuk beku, chiller dan peti ais ke tempat baru.

  • Perkhidmatan pelupusan peti sejuk

Pasukan kami juga menyediakan perkhidmatan pelupusan peti sejuk di Cheras, Ampang dan Damansara Damai. Kami tahu betapa sukarnya untuk membuang peti sejuk lama kerana ia berat, itulah sebabnya kami membantu anda.

Langkah-langkah untuk Menyediakan Peti Ais atau Peti Sejuk Beku Anda Sebelum Memindahkannya

Langkah 1: Dapatkan ukuran peti sejuk anda

Ukur kelebaran, ketinggian dan kedalaman peti sejuk sebelum hari pemindahan untuk memastikan peti sejuk tersebut dapat melalui pintu tanpa sebarang masalah.

Langkah 2: Kosongkan semua kandungan di dalam peti sejuk lama

Keluarkan semua barang di dalam peti sejuk terutama sisa makanan dan sebagainya. Anda boleh memberikannya kepada orang lain atau menghabiskan semua makanan di dalam peti sejuk.

Langkah 3: Tutup suis elektrik untuk mencairkan beku peti sejuk sekurang-kurangnya 24 jam

Selepas anda mengosongkan peti sejuk, sudah tiba masanya untuk membersihkan dan mencairkannya. Padamkan suis elektrik untuk peti sejuk, dan biarkan ais di dalam freezer mencair selama sekurang-kurangnya 24 jam. Sebaik sahaja peti sejuk sudah dicairkan sepenuhnya, anda boleh terus membersihkan peti sejuk.

Langkah 4: Keselamatan pada peti sejuk

Sebaik sahaja membersihkan peti sejuk anda, balut rak kaca atau plastik dengan selimut, tuala atau bahan pembalut untuk memastikan tiada kesan atau calar padanya semasa pemindahan. Selepas itu, tutup pintu peti sejuk dengan pita dan tali, supaya pintunya tidak terbuka secara tiba-tiba semasa pemindahan.

Langkah 5: Lindungi lantai

Lindungi lantai anda dengan menggunakan tuala atau tikar getah apabila mengalihkan peti sejuk yang berat.

Langkah 6: Muatkan peti sejuk ke dalam lori

Sebaik sahaja peti sejuk dipindah keluar dari rumah anda, sudah tiba masanya untuk pasukan kami memuatkan peti ais tersebut ke dalam lori sewa. Pastikan bahawa peti sejuk anda dibalut rapat dengan tali. Selepas itu, pasukan kami akan menutup peti sejuk anda dengan selimut dan meletakkan di tempat yang selamat untuk mengelakkan terlalu banyak pergerakan semasa pengangkutan.

Kami adalah salah satu syarikat pemindahan peti sejuk yang bereputasi di Lembah Klang, Shah Alam dan Kepong. Hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pemindahan peti ais, peti sejuk beku dan freezer. Pasukan kami menawarkan perkhidmatan pindah peti ais pada harga yang berpatutan.

Hubungi Kami Hari Ini

Kenapa pilih syarikat kami untuk pemindahan anda yang seterusnya?

Harga Berpatutan

Kami menawarkan harga yang tepat dan berpatutan untuk pemindahan anda. Kadar untuk memenuhi setiap bajet. Tiada kejutan dan tiada kos tersembunyi tambahan.

Bebas Memilih Masa Pemindahan

Pilih waktu dan hari yang terbaik untuk pemindahan anda, walaupun pada hujung minggu atau pada hari cuti umum.

Pasukan Pemindah Yang Terlatih

Pasukan pemindahan pakar kami telah menjalani pemeriksaan latar belakang dan dilatih dengan baik untuk mengendalikan pelbagai jenis tugas pemindahan.

Tinjauan Tapak PERCUMA

Kami menyediakan pilihan untuk tinjauan tapak PERCUMA supaya kami boleh menyediakan pakej pemindahan yang terbaik untuk memenuhi anda.

Testimoni

Saya telah meminta untuk servis pemindahan peti sejuk besar saya untuk dipindahkan dari Puchong ke Kelana Jaya. Terima kasih untuk khidmat pindah peti ais yang cekap dengan harga murah.

Puan Mimi

Pasukan daripada syarikat anda yang memindahkan peti ais baru saya ke kediaman saya di Damansara Damai telah memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Saya mensyorkan servis ini kepada sesiapa yang ingin memindahkan peti sejuk mereka!

Encik Salim

Saya berpuas hati dengan servis pindah peti ais, chiller and freezer saya yang berat ke dari restoran saya di Ampang ke lokasi yang baru. Terima kasih.

Cik Amelia

Soalan Lazim

Bilakah anda boleh memindahkan peti sejuk?

Tutup suis peti sejuk anda selama 24 jam sebelum hari pemindahan. Ini akan membantu ais di dalam peti sejuk anda mencair sepenuhnya. Dengan ini ia boleh membolehkan minyak dan cecair di dalam pemampat peti sejuk berhenti bergerak.

Adakah peti sejuk berat untuk diangkat?

Ya, peti sejuk adalah agak berat dan itulah sebabnya kami menasihatkan anda untuk mengupah pemindah profesional untuk membantu anda mengalihkan peti sejuk, terutamanya jika ia perlu dibawa naik dan turun tangga. Sebaiknya tutupkan pintu peti sejuk anda dengan pita dan tali untuk memastikan pintu ditutup rapi semasa pengangkutan ke lokasi baru.

Bolehkah anda mengangkat peti sejuk dalam posisi berbaring?

Tidak, sila pastikan peti sejuk anda berada dalam kedudukan tegak semasa pengangkutan. Meletakkan peti sejuk anda berbaring boleh menyebabkan tekanan pada pendakapnya dan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan pada mesin dalaman.

Mengapa perlu menunggu 24 jam sebelum memasangkan suis peti sejuk?

Sebaik-baiknya tunggu selama 24 jam sebelum memasangkan suis peti sejuk untuk mengelakkan kebocoran minyak ke dalam sistem penyejukan.

Hubungi Kami Hari Ini Untuk Sebut Harga Percuma!

Telefon: 

+6016-879-1415

 

Whatsapp:

6016-879-1415

 

Emel: 

contact@mover2u.com 

 

Waktu Buka: 

Isnin - Sabtu

9am - 6pm

Tutup pada hari

Ahad dan Cuti Am