Tips Kemas Pindah Rumah Oleh Pekerja Pemindahan Di KL
Baca 10 tips kemas barang pindah rumah oleh pekerja pemindahan kami yang boleh dipercayai di Kuala Lumpur dan Selangor untuk projek pemindahan rumah anda yang seterusnya.
Ingin kemas barang untuk berpindah tetapi tertanya-tanya dari mana anda harus bermula?
Jangan risau, proses pengemasan barang kediaman anda akan menjadi lebih mudah dengan tips berguna di bawah.
- Buat pelan perancangan
Seperti kata pepatah “Kegagalan untuk merancang bermaksud perancangan untuk mengalami kegagalan.” Perancangan yang rapi dapat membantu memastikan garis masa dipenuhi dan tidak ada barang penting yang akan dilupai semasa proses pembungkusan. Perancangan merangkumi memperuntukkan masa yang mencukupi untuk mengemas sebelum tarikh pemindahan.
Tempoh masa yang diperlukan untuk mengemas barang bergantung kepada saiz rumah anda dan kuantiti barang yang perlu dikemas.
Untuk rumah yang lebih kecil, anggaran masa untuk mengemas satu kotak sehari adalah kira-kira dua minggu.
Jadi, bermula dengan lebih awal akan memberikan anda sedikit kelonggaran masa agar anda dapat menangani sebarang keadaan yang tidak dijangka.
- Sediakan bahan pengemasan
Bahan pengemasan yang anda perlukan termasuk:
- Pelbagai saiz kotak kadbod – Ini boleh diperoleh dari pasar raya atau kedai runcit tempatan anda.
- Pita pembalut – Dapatkan pita tebal untuk menutup kotak dengan selamat.
- Balutan gelembung – Ini boleh digunakan untuk melindungi perabot daripada kerosakan.
- Pen penanda & label – Gunakan pen penanda dan label untuk menyusun kotak dengan teratur.
Pilihan lain adalah mendapatkan kotak, bahan pengemasan dan perkhidmatan packing barang pindah rumah dari syarikat pemindahan.
- Kemas setiap bilik mengikut urutan
Tips ini akan menjamin anda mengemas secara teratur semasa berpindah dan tidak bercampur dengan kotak di sekitarnya. Ini juga akan memudahkan pekerja mengangkat dan memunggah kotak semasa berpindah kerana kotak dari bilik yang sama akan disusun bersama di dalam lori sewa.
- Mula mengemas barang yang jarang gunakan
Adalah logik untuk mengemas barang yang jarang digunakan terlebih dahulu. Contohnya barangan hiasan atau peralatan berkebun. Dengan ini, anda tidak perlu membuka kotak yang telah ditutup untuk mencari barang yang diperlukan.
- Buang barang yang tidak mahu
Barang yang tidak digunakan atau tidak diingini dapat dibuang dengan memberikannya atau menjualnya online. Mengurangkan barangan sebegini dengan menyingkirkan barangan yang tidak perlu dapat mengurangkan bilangan kotak yang perlu dipindahkan semasa hari pemindahan. Ini juga merupakan peluang untuk melakukan gotong-royong agar anda hanya menyimpan barang-barang yang berguna.
- Jangan memuatkan semua barang berat ke dalam satu kotak
Sebaik-baiknya jangan memuatkan terlalu banyak barang berat ke dalam satu kotak. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan belakang pekerja dan juga untuk mengelakkan kotak rosak semasa pemindahan. Barang yang berat harus dikemas ke dalam kotak kecil yang berasingan sementara kotak besar harus digunakan untuk simpan barang yang lebih ringan.
- Isi semua tempat kosong dalam kotak
Perkara terakhir yang perlu anda lakukan sebelum menutup kotak adalah memeriksa sama ada terdapat tempat kosong di dalam kotak. Isikan tempat kosong ini dengan surat khabar atau pakaian lama supaya barang anda tidak akan bergoyang di dalam kotak. Ketahui tip berguna ini untuk mengelakkan barang rosak semasa dalam lori.
- Gunakan label dengan betul
Gunakan kaedah yang sistematik semasa membuat pelabelan untuk kotak agar dapat menjimatkan banyak masa ketika anda berusaha mencari barang dari kotak yang ditutup. Labelkan setiap kotak dengan penanda di sisi dan bukan di bahagian atas, supaya kotak dapat dikenali dengan mudah walaupun mereka saling bertumpuk.
- Letakkan kotak yang lebih berat di bawah
Semasa memuatkan kotak ke dalam lori transport, pastikan kotak yang lebih berat diletakkan di bawah kotak yang lebih ringan. Ini akan mengelakkan daripada barang mudah rapuh rosak semasa proses berpindah.
- Menyediakan barang keperluan dalam satu kotak
Anda harus menyediakan kotak berisi barang-barang penting di mana anda mungkin perlukan semasa pindah rumah atau selepas tiba di kediaman baru. Kotak ini harus mengandungi semua barang yang anda perlukan semasa dan selepas berpindah, termasuk peralatan mandian, makanan dalam tin, peralatan makan, peti pertolongan cemas, pakaian dan sebagainya. Adalah lebih baik jika anda menyediakan semua ini terlebih dahulu supaya anda tidak perlu mencari banyak kotak untuk mendapatkan barang keperluan ini.
Selepas mendapatkan semua tips mudah ini, sila menikmati pengalaman kemas barang dan berpindah anda! Adakah anda mempunyai tips pengemasan lain yang berguna? Kongsi dengan kami tips pengemasan anda dalam komen di bawah.
Perlukan bantuan pekerja pindah rumah kami untuk mengemas barang anda untuk projek pemindahan rumah? Dapatkan pasukan pekerja kami untuk perkhidmatan berpindah, mengemas, memindahkan perabot, sewa lori dan banyak lagi hari ini!