7 Tips Berpindah Dari Rumah Landed ke Pangsapuri atau Condo

Proses pindah rumah kadangkala boleh menjadi kerja yang membebankan, terutamanya jika anda merancang untuk berpindah dari rumah landed atau bertanah ke pangsapuri atau condo.

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk pemindahan rumah anda daripada pasukan kami.

7 Tips Berguna Untuk Berpindah Dari Rumah Bertanah ke Pangsapuri:

  1. Kurangkan kuantiti barangan

Kebanyakan ruang di rumah jenis highrise seperti flat dan condo adalah terhad, anda harus memindahkan barang yang diperlukan dan digunakan sahaja kepada tempat baru. Ini akan membantu anda menjimatkan ruang dan mengelakkan rumah baru anda menjadi tidak teratur.

  1. servis-pindah-rumah-terbaik-murah-shah-alamMengemas barang-barang

Anda boleh mencari perkhidmatan buang perabot lama secara pukal atau jual perabot anda. Ia akan membantu anda mengurangkan barangan yang perlu dipindah. Derma, atau berikan barang-barang anda yang tidak digunakan lagi kepada orang yang lebih memerlukannya.

  1. Rancang susunan perabot di rumah baru

Buatlah perancangan lebih awal untuk susunan perabot di pangsapuri anda. Anda boleh menggunakan perabot jenis padat yang mempunyai beberapa kegunaan dengan ruang simpanan barang untuk rumah anda.

  1. Cari syarikat pemindahan rumah yang boleh dipercayai

Cari syarikat lori sewa yang boleh dipercayai seperti kami dan dapatkan sebut harga PERCUMA mengikut bajet pilihan anda.

  1. Tentukan sama ada memerlukan perkhidmatan pemindahan dan pengemasan barang

Tiada masa untuk mengemas barang-barang anda? Jika anda tidak mempunyai masa lapang untuk menggemaskannya sendiri dan menginginkan perkhidmatan packing barang pindah rumah, anda boleh menghubungi pasukan kami.

  1. Cari gaya sendiri untuk rumah baru anda

Anda boleh mengubahsuaikan rumah baru anda mengikut gaya sendiri untuk keselesaan seisi keluarga. Cari pereka dalaman rumah untuk mencipta reka bentuk rumah yang selesa dan sesuai dengan gaya anda. 

  1. Gunakan kemudahan yang tersedia di pangsapuri anda

Inilah masanya untuk anda menggunakan semua kemudahan yang ada di pangsapuri baru termasuk gim dan kolam renang. Anda juga boleh menggunakan masa ini untuk mengenali jiran anda.

Berpindah ke rumah baru merupakan satu permulaan dan pengalaman baru untuk keluarga anda. Hayati dan nikmatilah setiap detik kecil yang akan anda cipta di tempat baru.

Jangan berasa tertekan dengan proses pemindahan ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan pindah barang rumah, anda hanya perlu menghubungi kami. Syarikat pemindahan rumah kami boleh membantu anda dan kami pastinya akan memudahkan pemindahan rumah anda.

Sila telefon atau emel kami untuk sebut harga PERCUMA atau lawatan tapak PERCUMA. Jika anda tidak pasti pakej pemindahan mana yang anda perlukan, silalah bertanya kami hari ini.