Lori tumpang foto

Lori Tumpang di Kuala Lumpur dan Selangor

Kami menawarkan pelanggan kami pilihan ekonomi yang dikenali sebagai lori tumpang dari Kuala Lumpur dan Selangor untuk penghantaran kargo atau barangan peribadi. Konsep lori tumpang mungkin adalah salah satu servis yang anda tidak kenali, tetapi kami mendapati bahawa ia sering merupakan penyelesaian ekonomi untuk mendapatkan kargo dari satu tempat ke tempat yang lain.

Apakah Itu Perkhidmatan Lori Tumpang?

Secara ringkas, ia adalah kargo longgar yang disatukan dari pelbagai pelanggan di mana barang- barang ini akan dihantar ke lokasi yang sama atau berdekatan. Barang-barang ini, yang biasanya datang dari beberapa pelanggan , akan dikumpulkan dalam satu pagi,  jika boleh sehingga lori menjadi penuh, lalu pemandu akan menyerahkan barang-barang  ini ke destinasi masing-masing.  Anda sebagai pelanggan, hanya perlu menbayar harga transport rendah, sambil menikmati penghantaran individu yang kecil ke destinasi yang diingini.

Konsep ini sering dirujuk sebagai “kargo longgar” dalam industri logistik dan menawarkan kepada anda, pelanggan, faedah diskaun penghantaran yang lebih tinggi, dengan itu menjimatkan kos. Di samping itu, kita dapat menjaga persekitaran kami kerana mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan menjimatkan masa.

Harga dan Perkhidmatan Lori Tumpang termasuk:

Harga – Servis lori tumpang kami bermula daripada RM70 sekeping perabot atau 1 kotak

Perkhidmatan Penghantaran Kargo:  Barang anda akan diambil, dikendalikan dengan cekap, dan dihantar ke destinasi yang ditentukan.

Perkhidmatan Lori Tumpang Sesuai Untuk:

*Anda yang mempunyai penghantaran yang jarang

*Penghantaran anda tidak perlu tiba pada waktu yang tepat dan boleh dihantar dengan jadual yang fleksibe

*Saiz barang kamu agak kecil

** Perkhidmatan lori tumpang tidak sesuai untuk pemindahan rumah. 

Langkah-langkah Mendapat Perkhidmatan Lori Tumpang

Sekiranya anda mempunyai barangan kargo atau peribadi untuk dihantar dari satu tempat ke tempat lain di Malaysia, pertimbangkan Alwinz Biz Resources untuk keperluan lori tumpang anda, mengikuti 3 langkah mudah berikut:

1. Hubungi kami dan sediakan maklumat-maklumat mengenai barang anda

2. Anda akan menerima sebut harga dari kami berdasarkan destinasi, muatan  dan jadual yang anda perlukan.

3. Sebaik sahaja anda telah membuat pesanan dengan kami, kami akan menyediakan penghantaran dalam tempoh 5 – 7 hari bekerja.

Lori Tumpang – Pilihan Yang Patut Anda Pertimbangkan

Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang lori tumpang kami! 

Hubungi Kami Hari Ini

Kenapa pilih syarikat kami untuk pemindahan anda yang seterusnya?

Harga Berpatutan

Kami menawarkan harga yang tepat dan berpatutan untuk pemindahan anda. Kadar untuk memenuhi setiap bajet. Tiada kejutan dan tiada kos tersembunyi tambahan.

Bebas Memilih Masa Pemindahan

Pilih waktu dan hari yang terbaik untuk pemindahan anda, walaupun pada hujung minggu atau pada hari cuti umum.

Pasukan Pemindah Yang Terlatih

Pasukan pemindahan pakar kami telah menjalani pemeriksaan latar belakang dan dilatih dengan baik untuk mengendalikan pelbagai jenis tugas pemindahan.

Tinjauan Tapak PERCUMA

Kami menyediakan pilihan untuk tinjauan tapak PERCUMA supaya kami boleh menyediakan pakej pemindahan yang terbaik untuk memenuhi anda.

Harga Servis Lori Transport



Projects

SSL

Storage

Domains

Domains

PAKEJ LORI SEWA 1


RM 150

1 tan 

1 tan lori 9ft

1 perjalanan

dari tempat A ke tempat B

(<=20km dalam lembah klang)

1 orang pemandu

* Pemandu tidak memungah barang

 *Syarat bayaran : Tunai atau online instant transfer semasa penghantaran

PAKEJ LORI SEWA 2


RM 300

3 tan

3 tan lori 14ft

1 perjalanan

dari tempat A ke tempat B

(<=20km dalam lembah klang)

1 orang pemandu

* Pemandu tidak memungah barang

*Syarat bayaran : Tunai atau online instant transfer semasa penghantaran

PAKEJ LORI SEWA 3

 

RM 350

5 tan 

5 tan lori 17ft

1 perjalanan

dari tempat A ke tempat B

(<=20km dalam lembah klang)

1 orang pemandu

* Pemandu tidak memungah barang

*Syarat bayaran : Tunai atau online instant transfer semasa penghantaran

WordPress Pricing Table

Terma dan syarat:

  1. Buka dari hari Isnin hingga Ahad (10 pagi hingga 7 malam), termasuk cuti umum.
  2. Perkhidmatan lori transport kami terdapat di Lembah Klang kecuali di Klang.
  3. Termasuk khidmat pemandu lori

Testimoni

Servis lori tumpang barang dari Alwinz Biz Resources sangat bagus. Yang paling penting saya sudah jumpa syarikat yang menawarkan servis pengangkutan lori barang pada hari Sabtu di KL. Sangat berpuas hati dengan kerja mereka dan sangat disyorkan kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan lori tumpang.

Yin Long

Servis lori tumpang dari Alwinz Biz Resources sangat boleh dipercayai. Kami menempah lori barang 1 tan pada hujung minggu. Servis khidmat pelanggan yang terbaik dan sangat bagus. Sudah pasti saya akan menempah servis lori dari Alwinz Biz Resources lagi di masa hadapan. Sangat disyorkan kepada semua!

Puan Azah

Saya berhubung dengan Alwinz Biz Resources untuk membantu saya dalam memindahkan peti sejuk ais krim saya dari Seri Kembangan ke Bukit Jalil. Untuk 1 barang sahaja,  lori tumpang adalah pilihan yang paling murah untuk saya. Secara keseluruhan servis yang diberikan sangat bagus, lori sampai tepat pada masa yang ditepatkan dan pemandu lori dan pekerja sangat mesra dan profesional.

Bee Chin

Soalan Lazim

Bagaimana harga sewa lori tumpang ditentukan?

Harga lori tumpang kami berdasarkan beberapa faktor:

  1. Jarak penghantaran
  2. Saiz dan kuantiti barang  anda
  3. Kekerapan penghantaran anda
  4. Permintaan khusus (contohnya:  balutan diperlukan)

Kawasan penghantaran mana yang ditawarkan?

Servis lori tumpang kami ke hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia dari Kuala Lumpur atau Selangor. Kami sentiasa membuat penghantaran dari KL ke negeri Johor, Melaka dan Pulau Pinang bergantung kepada permintaan pelanggan.

Hubungi Kami Hari Ini Untuk Sebut Harga Percuma!

Telefon: 

+6016-879-1415

Whatsapp:

6016-879-1415

Emel: 

contact@mover2u.com 

Alamat: 

Mutiara Serdang, 6-31, Jalan Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Buka: 

Isnin - Sabtu: 9am - 6pm

Tutup pada hari Ahad dan Cuti Am