Jenis Kotak untuk Kemas Barang Pindah Kediaman

Mengetahui jenis kotak yang betul semasa mengemas untuk pemindahan kediaman anda di Kuala Lumpur atau Selangor adalah sangat penting. Cara yang salah boleh menyebabkan banyak masalah dan wang tambahan, jadi, kemaskan barang secepat mungkin dengan kotak yang betul kerana semakin awal anda memulakan proses pengemasan adalah lebih baik.

Berikut adalah beberapa jenis kotak pindah rumah yang biasa digunakan untuk memindahkan barang untuk memberikan pengalaman pembungkusan yang lebih mudah.

Kotak kadbod saiz kecil

Ia sangat penting untuk mempunyai kotak yang lebih kecil dengan berukuran kira-kira 10-14 inci agar mudah dimuat dan dibawa ketika berpindah. Kotak ini sangat sesuai untuk barang kecil dan tidak terlalu berat seperti barang dapur, peralatan rapuh dan kecil, buku dan banyak lagi.

Kotak kadbod saiz sederhana dan besar

Kedua-dua kotak ukuran ini adalah biasa untuk memindahkan barang-barang rumah seperti barangan di bilik tidur dan mainan kanak-kanak. Kotak bersaiz sederhana biasanya berukuran panjang 14-18 inci dan kotak besar berukuran panjang 18-24 inci. Walaubagaimanapun, kotak besar harus hanya dimuatkan dengan barang ringan dan jangan mengisi kotak besar dengan banyak barangan untuk mengelakkan masalah mengangkatnya semasa proses berpindah.

Kotak TV panel rata

Adalah lebih baik untuk menggunakan kotak TV panel rata secara khusus untuk TV jenis “flat-screen” kerana kotaknya yang berbentuk segi empat dan panjang dapat menahan kedua-dua skrin rata LED dan plasma. Ini dapat memastikan keselamatan dan berfungsi sebagai perlindungan tambahan semasa berpindah.

Kotak Untuk Pinggan dan Gelas

Kotak bersaiz kecil atau sederhana yang diisi dengan pembungkus gelembung dan surat khabar terpakai sesuai untuk diletakkan pinggan, gelas, botol kaca atau peralatan dapur yang lain kerana reka bentuknya dapat membantu melindungi barang-barang yang rapuh ketika berpindah serta memanfaatkan semua ruang yang ada di dalam kotak.

Kotak simpanan pakaian

Kotak simpanan pakaian termasuk bar logam adalah penyelesaian mudah untuk pakaian yang tidak boleh dilipat. Namun, ia mungkin agak berat dan memerlukan banyak ruang. 

kotak-kayu-pindah-barangKotak kayu

Ia diperbuat daripada papan lapis tebal dengan klip keluli untuk melindungi barang dan dilengkapi dengan panel yang boleh dibuka untuk memuat dan memunggah. Ia sesuai untuk barang-barang besar dan berharga seperti karya seni atau barang antik yang mahal.

Kotak plastik

Kotak lain yang berguna untuk pembungkusan adalah kotak plastik. Ia sangat sesuai untuk mengemas pakaian, peralatan elektrik dan barang lain kerana plastik lutsinarnya yang jelas dapat membantu anda mencari barang dengan lebih cepat. Kotak ini juga dapat memastikan barang-barang selamat daripada basah kerana kotaknya adalah kalis air.

Perbelanjaan pada kotak sebenarnya adalah menjimatkan untuk memastikan keselamatan barang anda. Kotak boleh dibeli dari kedai runcit atau dari syarikat pemindahan. Yakin lah bahawa proses pemindahan anda akan berjalan lancar dengan perancangan lebih awal dan pengemasan yang cekap. 

Perlukan bantuan untuk servis lori sewa di Puchong, Kuala Lumpur dan Selangor? Sila hubungi pasukan kami hari ini melalui panggilan telefon atau emel untuk perkhidmatan pemindahan kami.