
Syarikat Logistik di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia – Tentang Alwinz Biz Resources
Sebagai sebuah syarikat logistik dengan perkhidmatan di Kuala Lumpur dan Selangor ke seluruh negara dan kawasan bandar di Malaysia, kami tahu kepentingan pemindahan barang adalah lebih dari sekadar memindahkan kotak dari satu tempat ke satu tempat sahaja, pemindahan barang juga perlu lebih tenang dan juga suatu pengalaman yang baik.
Pasukan mesra pelanggan kami berbangga dengan memberikan perkhidmatan dan teknologi yang terbaik kepada pelanggan dan memberikan perkhidmatan kelas pertama supaya kami menjadi syarikat pemindahan barang yang menjadi pilihan. Dengan pengalaman yang luas dalam perkhidmatan pemindahan barang ini, kami bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik mengikut kehendak pelanggan kami.
Dengan khidmat syarikat kami, pemindahan menjadi mudah. Dari fasa perancangan, sehingga pemunggahan dan pembuangan kotak, kami akan sentiasa bersama anda sehingga ke akhir proses. Inilah komitmen kami kepada pelanggan dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami.
Misi Kami
Misi kami adalah memberikan kelancaran dalam pemindahan kepada pelanggan supaya mereka boleh berpindah dan jalan dengan tenang.
Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan yang kami sediakan seperti berikut.
- Pemindahan pejabat kerja
- Pemindahan rumah
- Pemindahan kedai komersial
- Pemindahan dalaman
- Perkhidmatan pembungkusan dan kemas
- Fasiliti penyimpanan barang, produk dan petikemas
Kenapa syarikat kami berbeza?
- Kami mempunyai pasukan pemindahan yang terlatih dan mesra pelanggan.
- Perkhidmatan kami telah memberikan kepuasan kepada pelanggan dan membuatkan kami sebagai rujukan pada pelanggan lain.
- Kami mempunyai pengalaman dalam bidang pengangkutan dan pemindahan barang pelbagai tan.
- Kami menggunakan lori yang baharu dan diselenggara dengan baik bagi pemindahan komersial mahupun barangan rumah dengan selamat dan menepati masa.
- Kami masih memberikan perkhidmatan walaupun selepas hari pemindahan.
- Kami menawarkan pulangan wang balik 100%.
Kerana kami ada ambil peduli dan komited kepada pelanggan kami, kami mempunyai rekod terbaik dalam memastikan kepuasan pelanggan. Lebih dari itu, perkhidmatan pro dan yang berkualiti tinggi dan servis yang boleh dipercayai ini datang dengan harga yang berpatutan dan tidak bertipu.
Jadi jika anda merancang perniagaan untuk pemindahan tanpa tekanan dan pemindahan yang teratur sama ada dari Ara Damansara ke Port Klang atau lokasi lain, sila hubungi kami melalui untuk mendapatkan tawaran harga lori sewa terbaik hari ini.
Anda boleh masuk dan cari laman web atau facebook oleh syarikat kami untuk info kini tak kira industri anda.
Hubungi Kami Hari Ini Untuk Sebut Harga Percuma!
Telefon:
Whatsapp:
Emel:
Alamat:
Mutiara Serdang, 6-31, Jalan Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Buka:
Isnin - Sabtu: 9am - 6pm
Tutup pada hari Ahad dan Cuti Am